Wednesday, 18 March 2015

Segmen :Nak Link Boleh??#1





jom join segmen ni..
sama-sama kita tingkatkan jumlah trafik sambil tu boleh tambah kenalan blogger :)




caranya mudah saja

    1. click  picture diatas



p/s :jangan lupe follow blog saya yea ... tinggalkan link didalam ruang komen saya akan follow anda balik :)





Diet - Day 10

Assalammualaikum readers... (ada readers ke ?kuikuikui)




apa sudah jadi ?tetiba update post day 10? simptom malas dan busy melanda saya ... bukak blog tp satu post pon tak terkarang dek saya...hehehe... tapi belambak2 picture menu saya simpan  dengan niat hati kononnya nak upload picture santapan diet atkins sebagai rujukan readers :)

Hari ini badan saya lebih terasa ringan walaupon belum menjejakkan kaki ke atas mesin penimbang ..
biarlah cukupkan tiga puluh hari biar rasa excited ni membuak-buak ..

Monday, 9 March 2015

Diet - Day 1

Assalamualaikum.....


Bermulalah sesi beratkin saya pada hari ini ! dah lama sangat tinggalkan sesi diet ni semenjak dah dapat berat ideal dulu hampir satu setengah tahun! now berat badan dah membuak-buak ...dari 47kg melonjak ke 63kg ! i nak kurus balik huaargghhh (T.T).

Sedih wooo ...sekarang asik kene kutuk je sehari dua boleh la tahan lama-lama panas telinga ! so ape lagi hari ni Ms.F nekad nak balik my old body ! gigih tau g pasar pagi-pagi beli bahan masak , pada uols yang berminat nak selim melim macam dulu jom lah kita sama-sama berdiet boleh kongsi resepi boleh buat kita bertambah bersemangat nak kurus ..pada yang xminat pon harap sudi-sudi lah baca mana tahu tetiba terbukak pintu hati nak join sama :).

Apa itu atkins? pada yang tak tahu jom Ms.F nak share dengan uols tentang atkins  ..rajin-rajin kan diri membaca ye....



Diet Atkins
Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.



Berapa banyak jumlah karbohidrat kena kurangkan ? dan berapa had karbohidrat yang kita boleh consume setiap hari ?? 20gm SAHAJA! Sila pengsan kalau anda pencinta nasik! kikiki  .
Macamana nak mula kan ?? Atkins ni ade 4 fasa yang korang kene tempuh untuk dapatkan body seindah angelina jolie ,scarlett johannson ,erra fazira dan siti nurhaliza  sorry siti out of list sudah :P

bawah ni penerangan lengkap cara pemakanan ,pantang larang dalam fasa 1  diet atkins (induction) yang lagi tiga tu nanti saya terangkan ye.... bila i dah dapat body saiz "S" HEHEHE


  1. Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Jika berat badan sangat berlebihan atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction(20g) selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda. Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan. Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. 

    Dilarang makan Semasa Induction (Fasa 1): 
    1. Semua jenis beras/nasi, semua jenis mee & spagetti.
    2. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
    3. Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
    4. Semua jenis buah-buahan & jus buah-buahan
    5. Semua jenis minuman bergula, milo , barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
    6. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
    7. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
    8. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
    9. Sos & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
    10. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
    11. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
    12. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim, twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
    13. Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Kafein yang berlebihan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat ketagihan gula.
    14. Sate yang diperap dengan gula @ madu. Keropok lekor, oat, otak-otak, sata.

    Boleh Makan:
    1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
    2. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
    3. Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
    4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
    5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun, Rumpai laut. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
    6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
    7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
    8. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
    9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
    10. Garam & rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
    11. Minyak masak, olive oil & sebagainya.
    12. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
    13. Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)

    Syarat-syarat Induction:
    • Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda atau lebih.  (Penting)
    • Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
    • Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label! Periksa kiraan carb (pada setiap paket)
    • Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. 
    • Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis.
    • Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah . Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula.
    • Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
    • Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, tomyam/sup kemungkinan ada gula dalam masakan.
    • Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
    • Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan).
    sorry menu hari ini tak dapat saya nak share kan sebab dah abis saya ngap! tak terfikir nak kongsikan :( dah habis makan termenung depan pc baru terfikir ideal untuk kongsikan proses berdiet saya ,insyallah besok saya akan mula berkongsi menu dan resepi cara saya menikmati menu atkin ..heheheh


   

Thursday, 5 March 2015

jom join segmen tingkatkan follower blog !

                                             


                                                                 I dah follow uols bila lagi...
                                                                             hehehehe

Wednesday, 4 March 2015

Candy Buffet in da house !

alhamdullilah finally Ms.F dah dapat mulakan bisnes candybuffet yang Ms.F idam-idamkan ni hehehe.... ok! disebabkan bisnes ni baru launching Ms.F nak bagi berita gembira hehehe discount up to 30% for 10 early bird customer... just bagi your name for booking tau! xde booking2 pakai duit :)  discount ni valid untuk any party/majlis yang berlangsung dari march to June 2015 tau ...

                                          CLICK SINI UNTUK SENARAI PAKEJ :)
gigih Ms.F susun atur barang-barang semalam untuk snap and upload dalam 
blog hihihihi
(sory tau !banyak lagi decoration item Ms.F xletak fountain machine tu pon berhias lagi :)



for ordering boleh call/whatsapp Ms.F tau !
contact :011 11548011

Tuesday, 3 March 2015

aktiviti men "deco" dulang hantaran..

Ade ke ayat men "deco" dalam kamus? hahahah...hentam la labu ..semalam Ms.F rajinkan diri tengah malam mendulang (ko pikir emas ?) mengubah hantaran saje ..sebab customer xdapat nak nak bagi idea design hantaran mcmana yang dia nak so Ms.F bagi dua pilihan sama ada nak dulang hantaran klasik ke atas dulang moden yang besi ..dan hasilnya...taadaaa!




Ms.F Gabungkan warna light cream dgn pink pada gubahan ni sebab dulang warna emas 
tak sesuai dengan warna gelap atau over ceria ..so i amik warna yg soft gitew... suweet sgt!
hahaha!




for this dulang Ms.F campurkan light pink,cream and dark purple..yg purple tu bunga hydrangea..
pada yang tak tahu boleh check dengan abang google yea..
bunga hydrangea ni cantik buat bunga tangan :)



P/S: Ms.F dah aim satu dulang ni cantik sangat !warna silver nampak exclusive dan moden insyaallah Ms.F akan dapatkan secepat mungkin untuk B2B yang sedang mencari design(contoh) macam ni.tapi Ms.F punya stainless steel. Tempahan gubahan hantaran,sewa atau beli dulang boleh hubungi Ms.F ye..


Call/Whatsapp:011 11548011(fara)
Email:loveisintheairdiywedding@gmail.com