Tuesday 22 March 2016

Gubahan hantaran murah

Assalammualaikum....

Perhatian pada B2B yang masih mencari khidmat gubahan hantaran dgn harga yang menarik

gubahan bunga mengunakan bunga hiasan gred AA di jamin anda akan berpuas hati

Perkidmatan sewa dulang juga disediakan ... boleh rujuk gambar dibawah untuk jenis dulang

Sila hubungi/whatsapp  Ms.F ke nombor 01111548011 untuk senarai harga dan promosi ye :)

strata tiltle aka geran strata! Part - 2

Assalammualaikum....

Pada yang penah membaca isu yg Ms.F bangkitkan sebelum ni sedia maklum apa yang berlaku ,Pada yang baru tahu boleh rujuk nurkilan Ms.F yg sebelum ni(SINI).

Update dari kejadian yang berlaku,sekarang Ms.F dah pindah keluar dari rumah tu , biar xde rumah untuk kita miliki dari jadi hak kita tapi penuh isu dan ragu-ragu..

Berkenaan tuan empunya rumah tu Ms.F dapat tahu kali ni dia guna khidmat agent untuk jual rumah dia..dan dah dapat pun mangsa utk di jerat...sbb bila membeli melalui agent semua urusan loan agent akan uruskan pembeli xkan tahu apa yang berlaku ,Untuk makluman semua rumah yg xde geran bank dah fully banned kecuali bank BSN dan cimb masih lg terima utk pembelian rumah sahaja utk refinance xlayak...boleh rujuk mana2 bank.

Nasihat Ms.F pada yang ada niat nak menbeli rumah sub sale melalui agent mintak salinan snp dr agent(klu agent x bagi mmg terang lg bersuluh) rujuk bank mntk mereka check sama ada hartanah yang awk nk beli bermasalah atau x ...buat research habis-habisan.

Pada pembeli rumah Puan S*****h saya kesian sgt kat awak dgn anak kecik baru nak mulakn hidup tp dah tertipu ..niat hati nak je sy beritahu pada awak tapi biarlah "bangkai gajah bukannya boleh ditutup daun pisang"...lambat laun awak akan tahu ..

Pada tuan rumah muka tak reti malu ni Ms.F menyirap sgt! Dari riak wajah perwatakkan xde ciri yang negatif tp rupanya MUNAFIK... Ms.F x kuase nak membalas perbuatan dia..biar Allah S.W.T yang tentukan....

Thursday 3 December 2015

5 Lokasi Bulan Madu 3H2M dengan Budget Rendah

Bercuti Bulan Madu aka Honeymoon satu kemestian bagi pasangan pengantin baru begitu juga bagi pasangan yang dah lama mendirikan rumahtangga kadang2 menginginkan suasana romantis dan tenang tanpa gangguan .


Jom kita lihat senarai tempat percutian yang menarik didalam dan luar negara tanpa merabakkan poket anda!dengan budget bawah 2k anda boleh melayari percutian indah dan romantis juga.



1.Cameron Highland


Salah satu destinasi percutian didalam malaysia yang menawarkan suasana sejuk dan nyaman bagi pasangan yang kurang suka berjemur dan gemar menikmati suasana kehijauan  . Cadangan Ms.F rancanglah percutian 3H2M di Bala's Cottage harga cottage yang ditawarkan bermula dari serendah RM250 sgt berbaloi dan semestinya setiap cottage dibina dengan sentuhan gaya English dan tampak mewah ! jadi dengan budget kurang RM1k percutian korang akan jadi sangat menarik .

Boleh rujuk senarai penuh tempat menarik sekitar cameron highland untuk maklumat  lanjut. Secara ringkasnya banyak activity yang boleh dilakukan disini seperti jungle tracking ,melawat muzium time tunnel, melawat taman lavender dan macam-macam lagi.



2.Pulau Langkawi


Pulau yang megah dengan tugu Helang dan sejarahnya yang tersendiri .Pulau yang disebut-sebut dengan kisah Mahsuri dengan pantai-pantainya indah .Jejakkan kaki anda ke pantai kok pantai yang bersih air yang membiru dengan permandangan yang indah tersergam deretan kapal-kapal layar mewah sesuai untuk pengantin yang mahukan kenangan indah diabadikan dalam potret.

Pulau ini mempunyai banyak tempat menarik untuk aktiviti menarik seperti para sailing,snorkeling,berkunjung ke langkawi cable car,aktiviti bersantai pantai serta membeli belah di zon bebas cukai.Korang boleh rujuk banyak website pelancongan yang menawarkan pakej bulan madu 3H2M dengan kos serendah RM700.


3.Pulau Perhentian


Pada yang gemarkan suasana sunyi .Pulau perhentian destinasi sesuai untuk anda, cuma agak sukar untuk mencari resort yang menawarkan pakej honeymoon tapi korang boleh rujuk laman web ni untuk senarai resort di pulau perhentian yang menawarkan pakej bulan madu mengikut budget korang.Aktiviti yang boleh dijalankan sedikit terhad namun sesuai dengan niat korang ... berbulan madu kan ?



4. Krabi


Krabi sebenarnya bukanlah sebuah pulau tapi sebenarnye daerah yang dikelilingi taburan pulau-pulau kecil indah . Punca mata pencarian penduduk yang majoritinya penganut agama islam tertumpu pada aktiviti pelancongan , dimana-mana korang akan nampak kiosk agensi pelancongan yang diusahakan penduduk tempatan jadi tidak sukar untuk mendapatkan pakej tour ,pandai-pandailah tawar menawar . Semasa Ms.F di Krabi Ms.F tak mengunakan khidmat agensi tapi Ms.F terus ambil pakej lengkap yang disediakan Apasari Krabi Resort . Kos nak ke sini tak lah mahal.. jumlah keseluruhan percutian Ms.F honeymoon ke Krabi tak sampai 2k pon ...


5.Bali


Bali sebuah pulau yang terkenal dengan gunung ganang yang menghijau ,sawah padi dan gunung berapi ,pantai dan terumbu karang yang cantik .Jika korang bercadang ke Bali seminyak dan nusa dua adalah lokasi terbaik untuk berbulan madu 

Wednesday 2 December 2015

Hilangnya sebutir permata ... Al-Fatihah buat Pak Yus...


Sudah tiga hari pak yus meninggalkan kita.. tapi hingga kini tak putus2 perihal pemergian pak yus dibualkan... kat twitter kat facebook kat instagram kat opis hatta kat rumah pon ye.. Masing2 meluahkan rasa tak percaya.. Ms.F juga begitu .. masih teringat kata-kata En.hubby pagi tu.. "Sayang cuba check kat internet betul ke yus jambu dah meninggal sebab kat radio dorang dah announce..".


Dalam Fikiran Ms.F ..mestilah benar kan? takkan radio nak melawak pasal mati .. tapi hati kecil menidakkan..

Ms.F suka pak yus Jambu sebab lawak dia santai dan tak menghina sesiapa ..acap kali bibir Ms.F cakap pada En.Hubby yang pak yus ni nampak comel pada pandangan Ms.F.. Selalu juga En.Hubby luahkan "Tang mana comel ?? ada rupa ex boipren ka??


Masih ingat lawak Pak Yus?Boleh Tuju Lagu?”, “Muka Legend, Hati Cute”, “Apa Pun Tak Boleh”, “Siti Nur Enjoy” dan banyak lagi. Lawak yang tersendiri dan tak menghina sesiapa. 



Terima Kasih Pak Yus kerna pernah buat kami tertawa .



Al-Fatihah 





Thursday 26 November 2015

Bahaya beli rumah tiada strata tiltle aka geran strata! Part -1

Ms.F buat post ni dengan hati membara .Kenapa? sebab owner rumah yang Ms.F rancang nak beli ni cuba menipu Ms.F .Hati ni sakit sangat jadi harini Ms.F nak dedahkan lokasi rumah dan bahaya beli rumah xde strata title supaya korang tak terkena macam Ms.F hokey.. (kalau korang nak beli gak rumah tu lantak korang la )bukan strata je xde CF pon nan hado!



APARTMENT MERU IMPIAN ,KLANG



Apartment ni pada mulanye meyakinkan... 100% melayu... no foreigner... ade tubuhkan rukun tetangga... tempat strategik ...sebab tu Ms.F berkenan..Usha punya usha dapat tahu ade unit nak dijual masa tu happy sangat! yela kat meru ni umah tak penah cukup ..penempatan padat .. lagi2 rumah untuk dijual dgn harga RM121k  tak ade dah... tapi biasa la dalam rasa seronok mulalah episod ngeri ...


Kali pertama jumpa owner semua ok ...dia cakap harga rumah RM12OK... 1K untuk tapak parking berbumbung ....tak sampai 2 minggu owner main trick dengan Ms.F tapi masa tu Ms.F tengah happykan jadi semuanya indah ...xsedar pon bakal kena tipu hidup2... dia cakap sementara nak submit loan boleh lah pindah masuk rumah dia ..tapi bukan free yekkk ...SEWA. Ms.F setuju yela masa tu Ms.F lagi 6 bulan nak kawen kan boleh la beli barang rumah siap-siap.... jadi kita pon rasa tak ada masalah lepas kawen boleh pindah masuk..


Jadi pada tarikh sekian-sekian Ms.F masuk... pindah masuk barang..beli barang ..at the same time submit loan kat Maybank dan RHB Bank....1 minggu kemudian RHB Bank call ..bermula lah MIMPI NGERI ...

, nama pegawai Cik Hernaney dia inform Ms.F ...



Pegawai RHB : Assalammualaikum .. 

Ms.F : Waalaikummussalam...

Pegawai RHB : disini sy nak maklum kan dengan cik yang rumah ni strata title dan CF masih belum dikeluarkan walaupon selepas tempoh 15 Tahun..  Cik tahu tak ? dan kami juga dah periksa status pemaju... pemaju rumah ni bermasalah .


Ms.F : Oh..saya tak tahu tentang tu ..Pemilik rumah tak cerita ( hati dah start mendidih) ..saran cik macamana ? boleh ke permohonan ni diluluskan? 


Pegawai RHB: Maaf puan .. kami pihak RHB tak boleh menerima mana-mana rumah yang ada masalah strata title..cadangan saya puan cari rumah lain sebab rumah yang tak ada strata title dan CF ni bahaya... lagi2 dalam tempoh yang panjang.



Masa ni hati ni rasa marah ade sedih ade kecewa ade stress pon ade ...korang bayangkan jela kalau korang kat tempat Ms.F. selepas habis berbual dan minta pendapat pegawai RHB Bank ... Ms.F terus whatsapp owner rumah.



Ms.F: Assalammualaikum...

Puan S : Walaikummusalam ...ye kenapa ?ada berita pasal loan?

Ms.F : RHB reject sebab isu strata title dan CF. Puan  tahu tak rumah puan tak ade strata?

Puan S: Haah saya tak ada kesempatan nak bagitau awak ...rumah saya tak ada strata dan tak ada CF sebab pemaju lari




Boleh plak dia kata tak ada kesempatan...sabar jela .. yang pasti hati Ms.F sedih sangat... lepas tu cepat-cepat Ms.F google pasal masalah strata dan CF dan memang apa yang pegawai RHB tu cakap semua betul lebih menakutkan rumah tanpa CF mengikut undang2 tak layak untuk diduduki !ni hah tread yang bincang pasal hal masalah CF dan strata (Click SINI) apa yang jadi seterusnya nnti Ms.F update korang ...



Tata......

Wednesday 25 November 2015

Tips kurangkan perbelanjaan perkahwinan dan mengawal budget anda!

Kos perkahwinan bukan murah ! perkahwinan ni cuma berlaku sekali seumur hidup(insha allah ..) mestilah kita nak meriah ye tak?


Masa tu semua benda dalam kepala kita baju design sendiri...nak kek bertingkek-tingkek,kompang,karaoke,pelamin 40 kaki (klu buat dalam dewan insha allah dpt la..dalam khemah kang tetamu nak dok mana??hahaha..)


Kat bawah ni Ms.F senaraikan tips-tips nak mengawal dan mengurangkan kos



1.Tentukan jumlah tetamu yang bakal hadir.mulakan dgn ahli keluarga ,saudara mara dan barulah kita senaraikan sahabat handai..(cadangan Ms.F 500pax hingga 1000pax adelah jumlah tetamu yang sangat ideal.)

2.Kongsi majlis dengan bakal suami/isteri dan buat di Dewan pilihan korang (sesuai untuk bakal pengantin yang tinggal di daerah yang sama atau rumah korang berdekatan..pada yang duk jauh2 jgn nak verangan yerrrrr..)

e.Pilih doorgift yang bersesuaian dan tak over budget (masa majlis perkahwinan Ms.F ..doorgift kami hanya air kotak dan kek moist for tetamu adult dan lolipop with candy for tetamu cilik bekas doorgift pula kami DIY sendiri... banyak effort diperlukan tapi dekat  sini kami dapat jimatkan duit ).



Kos bekas  doorgift adult kami cuma 25sen :)


4. Ambil Pakej perkahwinan lengkap! pastikan sesuai dengan budget korang...review syarikat perkahwinan yang korang berkenan .. disitu korang boleh tengok prestasi syarikat catering/bridal tersebut bagus ke tak.. 



5.kad kahwin kalau korang boleh DIY silakan tunjukkan bakat terpendam korang tu ..kad kahwin bkn lah sesuatu yang utama... yang penting semua detail lengkap dan memudahkan tetamu menuju ke majlis perkahwinan korang.


6.Elakkan dari tempah baju mahal2 untuk persandingan korang.. pada Ms.F baju pengantin sewa pon byk yang cantik2... kos sewa selalunya bermula dari RM600... nak lagi mudah ambil pakej bridal disitu byk dah boleh jimat..harga all in one package byk yang menarik.. 


7.Elakkan berbalas hantaran dengan benda yang harganya tak masuk akal.Memadai dengan benda-benda yang simple dan tak menelan kos melampau (ingat ! hantaran ni hadiah antara dua belah pihak buka pertandingan tunjuk menunjuk) .Ms.F tak de pon balas2 hantaran ...tiada barang hantaran..bertunang pon tidak.. hadiah? suami hanya bagi set barang kemas bersama-sama dengan mas kahwin pada hari pernikahan kami which is in return Ms.F tak bagi papepon.. balas dengan senyuman je.. alhamdullilah ..keluarga Ms.F open mind n  not money minded! :) .

8.Tiada Majlis pertunangan .Klu nak bertunang sangat buat lah dengan ala kadar ..Ms.F rasa kalau tak buat majlis tunang boleh jimat 4k untuk cover majlis sanding korang.


9.Bernikah pada hari yang sama korang bersanding . kat sini pon banyak duit boleh jimat :)




P/S : Ye...Ms.F ni wedding planner ... jual pakej perkahwinan .Mesti korang fikir kenapalah Ms.F buat post pasal suruh jimat2 bab wedding ... 


Sebabnye.... Ms.F ade pakej jimat...dan pakej yang kami tawarkan boleh diubahsuai ikut budget korang :) Click SINI untuk lebih detail:)







Cara memohon kebenaran bernikah menggunakan wali hakim


Sebelum memulakan bicara ... pada yang  penah baca post sebelum ni (click sini) mesti tahukan ? Ms.F dah janji nak buat post berkenaan tajuk kat atas tu...


Diingatkan... pos kali bukan lah untuk mengenang aib dan memalukan mana pihak..ini adalah untuk membantu para muallaf dan golongan yang memerlukan ...jika tak faham dan malu untuk bertanya melalui ruang comment .. boleh hubungi Ms.F.. selagi boleh bantu Ms.F bantu..

Post kali ni pada Ms.F sangat penting sbb Ms.F notice tak ramai yang buat post tentang ni .. mungkin kerana isu tersebut pada setengah orang sangat sensitif dan mengundang spekulasi... jadi ramai orang memilih untuk tidak mengeluarkan post  tentang ini...


Ok! jom kita sambung step seterusnya ...diingatkan sekali lagi pada yang belom baca langkah 1 hingga langkah 6 sila khatamkan dulu (click sini )baru boleh continue langkah ketujuh dibawah .


7. Pergi ke mahkamah syariah yang diarahkan untuk memohon pernikahan secara wali hakim .(Semasa korang submit dokumen tersebut pegawai akan memeriksa dan bertanya beberapa soalan yang berkaitan dan kemudian akan mengarahkan korang ke mahkamah syariah yg akan handle kes korang. sila bawak semua dokumen ke mahkamah syariah ye...bersama2 dengan surat kebenaran nikah lelaki). *


8.Pegawai akan minta korang isi beberapa borang sebelum buka fail kes untuk perbicaraan kebenaran pernikahan secara wali hakim.


9. Selesai isi borang submit ke pegawai yang berkenaan dikaunter.. kemudian pegawai akan inform korang tarikh perbicaraan .(sekiranya tarikh nikah korang dah suntuk sila buat rayuan untuk cepatkan tarikh perbicaraan)


10. Hadir pada hari perbicaraan bersama-sama 2 orang saksi (ibu dan ayah atau sesiapa yang tahu berkenaan status perkahwinan keluarga jika kedua- duanya atau salah seorang meninggal dunia).


11.Selesai perbicaraan pegawai akan serahkan slip kebenaran.Sila submit di kaunter yang berkenaan (pegawai akan inform korang surat kebenaran nikah secara  wali hakim akan  keluar pada tempoh selepas 14 hari jika tarikh majlis nikah korang dah dekat sangat sila buat surat rayuan bertulis kepada HAKIM dan hantar kepada pegawai bertugas tersebut.


12.Surat kebenaran nikah secara wali hakim dah dapat!(pegawai akan hubungi korang).Bawak semua dokumen bersama-sama surat kebenaran nikah secara wali hakim dan submitkan ke pejabat agama untuk proses surat kebenaran nikah perempuan dan pegawai pejabat agama akan bagitahu siapa wali hakim yang akan nikahkan korang .


P/S: Selalunye pegawai akan mintak korang bernikah je kat pejabat agama .(Untuk menjaga aib dan mengelakkan fitnah manusia...