Thursday, 26 November 2015

Bahaya beli rumah tiada strata tiltle aka geran strata! Part -1

Ms.F buat post ni dengan hati membara .Kenapa? sebab owner rumah yang Ms.F rancang nak beli ni cuba menipu Ms.F .Hati ni sakit sangat jadi harini Ms.F nak dedahkan lokasi rumah dan bahaya beli rumah xde strata title supaya korang tak terkena macam Ms.F hokey.. (kalau korang nak beli gak rumah tu lantak korang la )bukan strata je xde CF pon nan hado!



APARTMENT MERU IMPIAN ,KLANG



Apartment ni pada mulanye meyakinkan... 100% melayu... no foreigner... ade tubuhkan rukun tetangga... tempat strategik ...sebab tu Ms.F berkenan..Usha punya usha dapat tahu ade unit nak dijual masa tu happy sangat! yela kat meru ni umah tak penah cukup ..penempatan padat .. lagi2 rumah untuk dijual dgn harga RM121k  tak ade dah... tapi biasa la dalam rasa seronok mulalah episod ngeri ...


Kali pertama jumpa owner semua ok ...dia cakap harga rumah RM12OK... 1K untuk tapak parking berbumbung ....tak sampai 2 minggu owner main trick dengan Ms.F tapi masa tu Ms.F tengah happykan jadi semuanya indah ...xsedar pon bakal kena tipu hidup2... dia cakap sementara nak submit loan boleh lah pindah masuk rumah dia ..tapi bukan free yekkk ...SEWA. Ms.F setuju yela masa tu Ms.F lagi 6 bulan nak kawen kan boleh la beli barang rumah siap-siap.... jadi kita pon rasa tak ada masalah lepas kawen boleh pindah masuk..


Jadi pada tarikh sekian-sekian Ms.F masuk... pindah masuk barang..beli barang ..at the same time submit loan kat Maybank dan RHB Bank....1 minggu kemudian RHB Bank call ..bermula lah MIMPI NGERI ...

, nama pegawai Cik Hernaney dia inform Ms.F ...



Pegawai RHB : Assalammualaikum .. 

Ms.F : Waalaikummussalam...

Pegawai RHB : disini sy nak maklum kan dengan cik yang rumah ni strata title dan CF masih belum dikeluarkan walaupon selepas tempoh 15 Tahun..  Cik tahu tak ? dan kami juga dah periksa status pemaju... pemaju rumah ni bermasalah .


Ms.F : Oh..saya tak tahu tentang tu ..Pemilik rumah tak cerita ( hati dah start mendidih) ..saran cik macamana ? boleh ke permohonan ni diluluskan? 


Pegawai RHB: Maaf puan .. kami pihak RHB tak boleh menerima mana-mana rumah yang ada masalah strata title..cadangan saya puan cari rumah lain sebab rumah yang tak ada strata title dan CF ni bahaya... lagi2 dalam tempoh yang panjang.



Masa ni hati ni rasa marah ade sedih ade kecewa ade stress pon ade ...korang bayangkan jela kalau korang kat tempat Ms.F. selepas habis berbual dan minta pendapat pegawai RHB Bank ... Ms.F terus whatsapp owner rumah.



Ms.F: Assalammualaikum...

Puan S : Walaikummusalam ...ye kenapa ?ada berita pasal loan?

Ms.F : RHB reject sebab isu strata title dan CF. Puan  tahu tak rumah puan tak ade strata?

Puan S: Haah saya tak ada kesempatan nak bagitau awak ...rumah saya tak ada strata dan tak ada CF sebab pemaju lari




Boleh plak dia kata tak ada kesempatan...sabar jela .. yang pasti hati Ms.F sedih sangat... lepas tu cepat-cepat Ms.F google pasal masalah strata dan CF dan memang apa yang pegawai RHB tu cakap semua betul lebih menakutkan rumah tanpa CF mengikut undang2 tak layak untuk diduduki !ni hah tread yang bincang pasal hal masalah CF dan strata (Click SINI) apa yang jadi seterusnya nnti Ms.F update korang ...



Tata......

Wednesday, 25 November 2015

Tips kurangkan perbelanjaan perkahwinan dan mengawal budget anda!

Kos perkahwinan bukan murah ! perkahwinan ni cuma berlaku sekali seumur hidup(insha allah ..) mestilah kita nak meriah ye tak?


Masa tu semua benda dalam kepala kita baju design sendiri...nak kek bertingkek-tingkek,kompang,karaoke,pelamin 40 kaki (klu buat dalam dewan insha allah dpt la..dalam khemah kang tetamu nak dok mana??hahaha..)


Kat bawah ni Ms.F senaraikan tips-tips nak mengawal dan mengurangkan kos



1.Tentukan jumlah tetamu yang bakal hadir.mulakan dgn ahli keluarga ,saudara mara dan barulah kita senaraikan sahabat handai..(cadangan Ms.F 500pax hingga 1000pax adelah jumlah tetamu yang sangat ideal.)

2.Kongsi majlis dengan bakal suami/isteri dan buat di Dewan pilihan korang (sesuai untuk bakal pengantin yang tinggal di daerah yang sama atau rumah korang berdekatan..pada yang duk jauh2 jgn nak verangan yerrrrr..)

e.Pilih doorgift yang bersesuaian dan tak over budget (masa majlis perkahwinan Ms.F ..doorgift kami hanya air kotak dan kek moist for tetamu adult dan lolipop with candy for tetamu cilik bekas doorgift pula kami DIY sendiri... banyak effort diperlukan tapi dekat  sini kami dapat jimatkan duit ).



Kos bekas  doorgift adult kami cuma 25sen :)


4. Ambil Pakej perkahwinan lengkap! pastikan sesuai dengan budget korang...review syarikat perkahwinan yang korang berkenan .. disitu korang boleh tengok prestasi syarikat catering/bridal tersebut bagus ke tak.. 



5.kad kahwin kalau korang boleh DIY silakan tunjukkan bakat terpendam korang tu ..kad kahwin bkn lah sesuatu yang utama... yang penting semua detail lengkap dan memudahkan tetamu menuju ke majlis perkahwinan korang.


6.Elakkan dari tempah baju mahal2 untuk persandingan korang.. pada Ms.F baju pengantin sewa pon byk yang cantik2... kos sewa selalunya bermula dari RM600... nak lagi mudah ambil pakej bridal disitu byk dah boleh jimat..harga all in one package byk yang menarik.. 


7.Elakkan berbalas hantaran dengan benda yang harganya tak masuk akal.Memadai dengan benda-benda yang simple dan tak menelan kos melampau (ingat ! hantaran ni hadiah antara dua belah pihak buka pertandingan tunjuk menunjuk) .Ms.F tak de pon balas2 hantaran ...tiada barang hantaran..bertunang pon tidak.. hadiah? suami hanya bagi set barang kemas bersama-sama dengan mas kahwin pada hari pernikahan kami which is in return Ms.F tak bagi papepon.. balas dengan senyuman je.. alhamdullilah ..keluarga Ms.F open mind n  not money minded! :) .

8.Tiada Majlis pertunangan .Klu nak bertunang sangat buat lah dengan ala kadar ..Ms.F rasa kalau tak buat majlis tunang boleh jimat 4k untuk cover majlis sanding korang.


9.Bernikah pada hari yang sama korang bersanding . kat sini pon banyak duit boleh jimat :)




P/S : Ye...Ms.F ni wedding planner ... jual pakej perkahwinan .Mesti korang fikir kenapalah Ms.F buat post pasal suruh jimat2 bab wedding ... 


Sebabnye.... Ms.F ade pakej jimat...dan pakej yang kami tawarkan boleh diubahsuai ikut budget korang :) Click SINI untuk lebih detail:)







Cara memohon kebenaran bernikah menggunakan wali hakim


Sebelum memulakan bicara ... pada yang  penah baca post sebelum ni (click sini) mesti tahukan ? Ms.F dah janji nak buat post berkenaan tajuk kat atas tu...


Diingatkan... pos kali bukan lah untuk mengenang aib dan memalukan mana pihak..ini adalah untuk membantu para muallaf dan golongan yang memerlukan ...jika tak faham dan malu untuk bertanya melalui ruang comment .. boleh hubungi Ms.F.. selagi boleh bantu Ms.F bantu..

Post kali ni pada Ms.F sangat penting sbb Ms.F notice tak ramai yang buat post tentang ni .. mungkin kerana isu tersebut pada setengah orang sangat sensitif dan mengundang spekulasi... jadi ramai orang memilih untuk tidak mengeluarkan post  tentang ini...


Ok! jom kita sambung step seterusnya ...diingatkan sekali lagi pada yang belom baca langkah 1 hingga langkah 6 sila khatamkan dulu (click sini )baru boleh continue langkah ketujuh dibawah .


7. Pergi ke mahkamah syariah yang diarahkan untuk memohon pernikahan secara wali hakim .(Semasa korang submit dokumen tersebut pegawai akan memeriksa dan bertanya beberapa soalan yang berkaitan dan kemudian akan mengarahkan korang ke mahkamah syariah yg akan handle kes korang. sila bawak semua dokumen ke mahkamah syariah ye...bersama2 dengan surat kebenaran nikah lelaki). *


8.Pegawai akan minta korang isi beberapa borang sebelum buka fail kes untuk perbicaraan kebenaran pernikahan secara wali hakim.


9. Selesai isi borang submit ke pegawai yang berkenaan dikaunter.. kemudian pegawai akan inform korang tarikh perbicaraan .(sekiranya tarikh nikah korang dah suntuk sila buat rayuan untuk cepatkan tarikh perbicaraan)


10. Hadir pada hari perbicaraan bersama-sama 2 orang saksi (ibu dan ayah atau sesiapa yang tahu berkenaan status perkahwinan keluarga jika kedua- duanya atau salah seorang meninggal dunia).


11.Selesai perbicaraan pegawai akan serahkan slip kebenaran.Sila submit di kaunter yang berkenaan (pegawai akan inform korang surat kebenaran nikah secara  wali hakim akan  keluar pada tempoh selepas 14 hari jika tarikh majlis nikah korang dah dekat sangat sila buat surat rayuan bertulis kepada HAKIM dan hantar kepada pegawai bertugas tersebut.


12.Surat kebenaran nikah secara wali hakim dah dapat!(pegawai akan hubungi korang).Bawak semua dokumen bersama-sama surat kebenaran nikah secara wali hakim dan submitkan ke pejabat agama untuk proses surat kebenaran nikah perempuan dan pegawai pejabat agama akan bagitahu siapa wali hakim yang akan nikahkan korang .


P/S: Selalunye pegawai akan mintak korang bernikah je kat pejabat agama .(Untuk menjaga aib dan mengelakkan fitnah manusia...



Tuesday, 24 November 2015

Step by step cara submit BORANG NIKAH lelaki dan perempuan

Assalammualaikum ....


Tujuan Ms.Fara buat post berkenaan tajuk kat atas ni adalah untuk memudahkan ..membantu cik bunga en kumbang yang nak kawen tapi bila masuk bab borang KONPIUS! jangan tak caye Ms.F pon  alami situasi tersebut... google sana sini ..tak cukup dgn mintak ehsan PAKCIK GOOGLE.. Ms.F mengemis jawapan kat kawan2 yang dah kawen...Harharhar..

Jadi.....kerana itu..... atas rasa tanggungjawab (gelak kuat2 ala-ala riak)...Ms.F senaraikan step by step cara untuk isi dan submit borang nikah :)

*rancang awal2.. dapatkan dulu 2 orang saksi sebelum ikut langkah dibawah.


1. Isi borang lelaki /perempuan  . Borang nikah hanya boleh didapati secara online .. pejabat agama dah tak produce secara manual untuk korang .Sila layari laman Web  http://ncr.jais.gov.my/  .

2. Buka lama web yang Ms.F bagi tadi kemudian Daftar Masuk . Selesai daftar masuk ? sila baca langkah seterusnya .

e. Login Masuk. Kemudian lengkapkan borang2 yang disediakan . Pastikan semua bahagian yang bertanda (*) diisi (wajib!) ,dah isi semua boleh save kemudian PRINT OUT !

4. Kemudian call pejabat agama mengikut daerah tempat tinggal anda dan dapatkan nombor telefon Penolong Pendaftar Nikah mengikut  kariah masjid tempat tinggal anda .Jangan pulak duk shah alam tapi call pejabat agama klang. (walaupon tempat nikah anda bukan didaerah tempat tinggal anda ) .Bagi lelaki /perempuan yang lahir di negeri berbeza wajib isi borang maustatin.

5.Call Penolong Pendaftar Nikah (PPN) kariah masjid anda kemudian set appointment untuk sign borang kebenaran nikah Lelaki/Perempuan (Jangan lupe bawak 2 orang saksi dan pastikan saksi bawak sekali 2 keping salinan IC.) SELESAI satu Chapter!

6. Sebelum datang pejabat agama untuk mendapatkan surat kebenaran bernikah  pastikan korang bawak salinan IC , Borang nikah lengkap dengan tandatangan Penolong Pendaftar Nikah dan 2 orang saksi (Lelaki/Perempuan) ,borang maustatin (jika ada),Slip keputusan HIV test ,Sijil kursus kahwin ,Surat nikah ibu bapa (untuk perempuan sahaja) ,Sijil Kematian Bapa jika ada (perempuan sahaja), surat beranak (perempuan sahaja)dan Surat kebenaran berkahwin Lelaki(Perempuan sahaja-korang kene tunggu pengantin lelaki lengkapkan proses ni dulu ,selepas pengantin lelaki dapat kebenaran berkahwin barulah korang boleh submit ke pejabat agama).
Pastikan anda buat dua set salinan dokumen2 tersebut bersama dokumen ORIGINAL (tang ni Ms.F betul2 hangin sbb pegawai x bgtahu kena buat salinan dokumen dah sampai kaunter dia tanya mana salinan dan mereka x provide photostat service!)


SELESA1 DAH BOLEH KAHWIN :)


P/S:Borang wali isi mcm biasa ...tak ada masalah ...dan bawak sekali dengan dokumen2 yang lain masa submit. Untuk yang perlukan WALI HAKIM proses sama macam diatas... cuma ada tambahan selepas langkah ke-6 ..nanti Ms.F buat post step by step mcmana nak dptkan wali hakim

UPDATED POST :CARA MEMOHON KEBENARAN BERNIKAH MENGUNAKAN WALI HAKIM







Monday, 26 October 2015

Krabi Day -2

Assalammualaikum ....



Kalau pasal hotel semua Ms.F dah ceritakan pada entry sebelumnya (click sini) ,Untuk entry kali ini Ms.F nak ceritakan aktiviti apa yang Ms.F rancangkan pada hari ke-2 bercuti ke krabi :)
Bangun awal dalam pukul 6.30pagi gitu (6.30 pagi macam pukul 8pagi kemain terang) siap-siap pack apa yang patut  dan terus menuju ke cafe for breakfast ! yeay!!makan puas2 sbb foc dah include dalam pakej penginapan ,so sebelum memulakan apa-apa plan isi "tank" ni penuh-penuh dulu ...


Lepas kenyang makan duduk jap kat lobby .. bukak google map try search location tempat menarik yang Ms.F dah senaraikan dulu sebagai tempat yang wajib dikunjungi ..selesai tengok map Ms.F sewa moto skuter sebijik ,rental kiosk ni dekat je dengan hotel Ms.F stay...ade lah dalam sekangkang kera ...(depan hotel)kikiki






 tak tau ape masalah mamat sekor ni belambak gambar dia dengan skuter
 ni je dalam camera Ms.F..dia cakap kalau ada sebijik macam ni kat malaysia confirm beli !

                                                         
     250baht untuk pengunaan selama 24jam ..boleh lah ... yang termurah Ms.F dapat sebab lepas tu Ms.F ade saje2 survey tempat lain kalau ade yang lagi murah boleh rent untuk hari seterusnye tapi dorang cas RM30! Mamat yang jaga kiosk pandai cakap kelate tau ...masa Ms,F ni terkial-kial Ms.F nak communicate dengan dia sbb dia kata tak faham bahasa english !dah setel bayar tetibe dia cakap kelate...  dia cakap saja nak nengok gelagat Ms.F (lahabau tul!nasib bek tak ngumpat ko..). Dah dapat moto tengok meter minyak ade baki 2 takuk  ..alhamdullilah ... kitorang pegi kat stesen mini isi minyak jap dalam 60baht (tak ingat cost seliter berapa..sila google eh..) dah isi minyak kami mulakan perjalan ke destinasi pertama NOPPHARAT THARA BEACH!





                                     jenuh zoom tapi berbaloi !Ms.F suka sangat gambar ni :)



      Airnye dari dekat kehijauan gitu...
 sorry lah ..tak de gambar i sebab i rase seksi sangat huahuahua..(sila muntah!)


                                                                 






Krabi - Day 1


Assalammualaikum....


Tepat pukul 6.30 pagi Ms.F dah terpacak depan LCCT hahaha... flight pukul 7am tapi disebabkan
Ms.F dah check in online dan siap print boarding pass awal-awal dan tak ada check in baggage jadi tak perlu rushing!
(PERINGATAN: for check in baggage mesti datang awal 2 jam ye.. kalau tak beg korang kena reject korang bercuti la sehelai sepinggang ..hahaha)
Siap semua Ms.F lepak jap kat departure hall ..pekena sandwich seketui dan basahkan tekak dengan air mineral :)..




Dalam flight Ms.F tak makan ponn...habiskan masa melihat keindahan ciptaan tuhan dari tingkap yang cinonet ni hihihihi...



Tepat pukul 7.25pagi (waktu Krabi ) Ms.F sampai ke destinasi ..kecik jer airport dorang sah cop passport turun je escalator dari jauh nun terpacak drive hotel tempat Ms.F stay menunggu Ms.F sambil pegang banner tulis nama Ms.F  (terbalik !!! manap farahnurain hahahah)sorry lupe nak snap pic...

Ms.F pilih tinggal di Apasari Krabi hotel & Resort sebab dekat dengan pantai Ao nang dan yang penting sebab harga berbaloi-baloi !  Hotel ni sediakan pakej complete dengan island hopping dari research yang Ms.F buat pakej island hopping yang hotel ni buat lagi murah compare to tour 
agent ..tak caye click link ni (Apasari Krabi Hotel & Resort Package)


Ms.F pilih pakej yang ni ... 

Apasari Krabi  Package IV   ( 4 Days 3 Nights ) 
Valid from  17 APRIL   - 31 Oct : Baht  4,170.- net per person per package (minimum 2 persons)
From 1 NOV – 19 DEC or 1 MAR - 16 APR  :  Baht 5,890.- net per person per package (minimum 2 persons)
From
 16 JAN – 28 FEB  :  Baht  6,390.- net per person per package (minimum 2 persons)
Package IV  includes:
• 
3 nights accommodation in Deluxe room
• Daily American Breakfast
• One Romantic Thai Set Dinner for two persons
• One daily excursion with lunch :  from Hotel to Phi Phi Island ( Bamboo Island , Pi leh Bay, Maya Beach,
   Money Bay include Snorkelling  by Speed boat
• Roundtrip transfer between Krabi  airport -Resort
• Welcome drink upon arrival
• Thai massage or Oil massage 1 hour
• Free Wi-Fi (in public area)
• Welcome fruit plate  in room on arrival day

Valid from  17 APRIL  - 31 Oct  

Extra person charge is Baht 3,970.- net per package for 1 person , sharing the room .
Extend stay on Deluxe room is Baht 1,360.- net per room per night with American breakfast.

From 1 NOV – 16 APRIL

Extra person charge is Baht 5,890.- net per package for 1 person , sharing the room.
Extend stay on Deluxe room is Baht  2,400.- net per room per night with American breakfast.

Supplement charge to Deluxe Pool Access room is Baht 1,000.- net per room per night
Booking is required 4 days in advance and space subject to room availability.




Untuk pengetahuan korang Nov- March adalah peak season ! so kalau nak bercuti ala-ala budget lupakan percutian yang melibatkan bulan tersebut. Ms.F cadangkan korang datang pada hujung bulan sept atau october sebab masa tu low season dan pengakhir musim hujan ... kalau korang datang bulan May till Aug memang rugi sebab hampir setiap hari hujan walaupon gerimis memang mood holiday korang akan jahanam ...kihkihkih... 



                                                                   

                              kaunter lobby..(sorry gambar ruang rehat lobby Ms.F blom upload )




                                                                       swimming pool





                                                                     cafe/restaurant


sampai je hotel masih awal ...tengok jam baru pukul 9 ..check in pukul 2pm ... duduk jap dorang bagi wet towel and served Ms.F air mangga sedap gilos! abis je air  Ms.F campak beg kat lobby suruh staff tengok-tengokkan ... jalan-jalan kat pantai Ao nang (5 minit perjalanan je dah sampai) tapi disebabkan tengah batak first time jumpa tut-tut Ms.F korbankan 20baht (2ringgit) untuk merasa pengalaman naik tut-tut .Kemain laju dia bawak rasa macam nak tecabut je ruang passenger yang attached kat moto dia ..hahahah..sampai je pantai Ms.F cuci mata tengok 'ikan kering' berjemur ..cantik pantai dia..bersih sangat nak jumpa sampai seketul pon susah setiap 10 langkah mesti ada je tong sampai dorang sediakan ..sambil cuci mata tengok minah saleh berjemur sambil tu Ms.F amik peluang masuk setiap kedai yang berderet kat tepi jalan ..dah jenuh pusing Ms.F menapak balik ke hotel amik kunci dan... memang berbaloi!







Besar giler! (@.@)




          
                                                   toilet luas buat tido pon selesa kikiki..


first day aktiviti Ms.F cuma melantak makanan yang ada kat gerai-gerai tepi jalan (sedap tul banana pancake dorang) jalan-jalan kat pantai dan berjakuzi hehehe... Ok! bersambung  ke next entry Krabi -Day 2 :)




P/S: Masa jalan-jalan kat pantai Ms.F nampak ramai mat/minah saleh menuju ke satu lorong dan tetiba lenyap dari pandangan (macam misteri jekk.. Ms.F pon yang penuh perasan ingin tahu follow jejak dorang ... nanti Ms.F carita ye ape yang Ms.F jumpa :)



LINK : KRABI -DAY 2

Sunday, 25 October 2015

Tips Bercuti ke krabi :)

Assalammualaikum....


Harini Ms.F nak buat amal jariah dengan berkongsi dengan uols tip bercuti ke krabi berdasarkan pengalaman sendiri .. pada yang merancang nak tenangkan fikiran atau berhoneymoon Krabi memang pilihan terbaik ! Ms.F sendiri dah jejakkan kaki disana dan sehingga kini masih lagi terbayang-bayang keindahan krabi .

soalan-soalan  yang akan selalu wujud dalam kotak fikiran korang bila bercadang bercuti ke krabi ,

-Mahal ke ?
-Nak amik tour pakej ke main terjah je??
-Train ke flight ?
-Makanan halal senang ke nak dapat?
-Budget ?
-Kalau tak amik tour guide macamana?
-Hotel murah2 ke mahal ?


jawapan yang Ms.F boleh berikan pada anda

- Bercuti ke krabi sangat murah !
 (Ms.F cuma spend total RM700 for 5day include flight n passport, bagaimana nanti Ms.F terangkan    dalam post itinerary dan budget )

- Tak payah amik tour pakej hilang mood bercuti bila tak ada kebebasan memilih.. semua kena ikut telunjuk tour guide .. so cadangan Ms.F buat research sbelum pergi jangan main terjah ye...

-Dengan Airasia now everyone can fly ! hahaha... (Ms.F tak dibayar pon promote airasia.. kihkihkih)

-90% populasi di krabi adalah muslim ..so bab makanan no hal!

-Sebelum bercuti buat research dah confirm terus cari flight ticket yang termurah ..bila ada offer cepat2 grab .. Ms.F dapat harga RM274 tiket pergibalik sebab lagi dua bulan nak pergi baru terhegeh-hegeh nak booking (T.T).

-Tak perlu tour guide yang penting lobby hotel ade internet ..kalau uols ada GPS lagi bagus!boleh nak tut-tut atau sewa je motor skuter ..

-Kat krabi untuk hotel yang selesa dan lengkap segala keperluan boleh dapat dengan harga paling minimum RM50 ..siyes tau!


Macamana Ms.F bercuti kat krabi Ms.F akan kongsikan dengan uols ok dalam entri seterusnya

UPDATE:Krabi -Day 1
UPDATE:Krabi -Day 2
Krabi -Day 3
Krabi -Day 4
Krabi -Day 5
Itinenary dan Budget ke Krabi