Thursday 3 December 2015

5 Lokasi Bulan Madu 3H2M dengan Budget Rendah

Bercuti Bulan Madu aka Honeymoon satu kemestian bagi pasangan pengantin baru begitu juga bagi pasangan yang dah lama mendirikan rumahtangga kadang2 menginginkan suasana romantis dan tenang tanpa gangguan .


Jom kita lihat senarai tempat percutian yang menarik didalam dan luar negara tanpa merabakkan poket anda!dengan budget bawah 2k anda boleh melayari percutian indah dan romantis juga.



1.Cameron Highland


Salah satu destinasi percutian didalam malaysia yang menawarkan suasana sejuk dan nyaman bagi pasangan yang kurang suka berjemur dan gemar menikmati suasana kehijauan  . Cadangan Ms.F rancanglah percutian 3H2M di Bala's Cottage harga cottage yang ditawarkan bermula dari serendah RM250 sgt berbaloi dan semestinya setiap cottage dibina dengan sentuhan gaya English dan tampak mewah ! jadi dengan budget kurang RM1k percutian korang akan jadi sangat menarik .

Boleh rujuk senarai penuh tempat menarik sekitar cameron highland untuk maklumat  lanjut. Secara ringkasnya banyak activity yang boleh dilakukan disini seperti jungle tracking ,melawat muzium time tunnel, melawat taman lavender dan macam-macam lagi.



2.Pulau Langkawi


Pulau yang megah dengan tugu Helang dan sejarahnya yang tersendiri .Pulau yang disebut-sebut dengan kisah Mahsuri dengan pantai-pantainya indah .Jejakkan kaki anda ke pantai kok pantai yang bersih air yang membiru dengan permandangan yang indah tersergam deretan kapal-kapal layar mewah sesuai untuk pengantin yang mahukan kenangan indah diabadikan dalam potret.

Pulau ini mempunyai banyak tempat menarik untuk aktiviti menarik seperti para sailing,snorkeling,berkunjung ke langkawi cable car,aktiviti bersantai pantai serta membeli belah di zon bebas cukai.Korang boleh rujuk banyak website pelancongan yang menawarkan pakej bulan madu 3H2M dengan kos serendah RM700.


3.Pulau Perhentian


Pada yang gemarkan suasana sunyi .Pulau perhentian destinasi sesuai untuk anda, cuma agak sukar untuk mencari resort yang menawarkan pakej honeymoon tapi korang boleh rujuk laman web ni untuk senarai resort di pulau perhentian yang menawarkan pakej bulan madu mengikut budget korang.Aktiviti yang boleh dijalankan sedikit terhad namun sesuai dengan niat korang ... berbulan madu kan ?



4. Krabi


Krabi sebenarnya bukanlah sebuah pulau tapi sebenarnye daerah yang dikelilingi taburan pulau-pulau kecil indah . Punca mata pencarian penduduk yang majoritinya penganut agama islam tertumpu pada aktiviti pelancongan , dimana-mana korang akan nampak kiosk agensi pelancongan yang diusahakan penduduk tempatan jadi tidak sukar untuk mendapatkan pakej tour ,pandai-pandailah tawar menawar . Semasa Ms.F di Krabi Ms.F tak mengunakan khidmat agensi tapi Ms.F terus ambil pakej lengkap yang disediakan Apasari Krabi Resort . Kos nak ke sini tak lah mahal.. jumlah keseluruhan percutian Ms.F honeymoon ke Krabi tak sampai 2k pon ...


5.Bali


Bali sebuah pulau yang terkenal dengan gunung ganang yang menghijau ,sawah padi dan gunung berapi ,pantai dan terumbu karang yang cantik .Jika korang bercadang ke Bali seminyak dan nusa dua adalah lokasi terbaik untuk berbulan madu 

1 comment: